Wednesday, October 10, 2007
PENEMUAN KAJIAN PENYELIDIKAN
PENCAPAIAN OBJEKTIF
OBJEKTIF PERTAMA: MENGENALPASTI DAN MENGANALISA IMPAK YANG
DIHADAPI ATAU DITERIMA OLEH PEMILIK SYARIKAT/
PREMIS PERNIAGAAN (BERSKA SEDERHANA)
SELEPAS BANJIR
Melalui soal selidik yang dijalankan, sebanyak 30 borang kaji selidik telah diedarkan kepada pemilik syarikat atau premis perniagaan berskala sederhana iaitu merupakan responden utama dalam kajian penyelidikan ini. Kajian penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisa impak yang dihadapi oleh pemilik perniagaan ketika dihadapi dan selepas kejadian banjir yang melanda di Kota Tinggi, Johor. Oleh yang demikian untuk mencapai objektif pertama kami telah mengklasifikasikan kepada dua keadaan iaitu ketika banjir dan selepas banjir yang melanda. Penilaian kepada objektif pertama ini di buat berdasarkan kepada dua keadaan dan menggunakan skala analisa yang telah ditetapkan. Penilaian ini dibuat berdasarkan kepada masalah yang timbul semasa kajian rintis yang dijalankan pada 2 September 2007 yang lalu. Antara masalah yang di kenalapasti ketika banjir melanda adalah seperti masalah kemusnahan barang-barang dan perkhidmatan, perniagaan lumpuh atau tergendala, masalah pembekalan barang-barang dan perkhidmatan sukar di perolehi, masalah kelewatan dalam menyalurkan bantuan dan masalah terputus perhubungan ketika banjir. Manakala bagi keadaan selepas banjir melanda terdapat beberapa masalah seperti masalah mencari dan membina perniagaan baru, mengalami kerugian yang teruk, masalah memerlukan modal yang besar untuk membuka perniagaan semula, masalah proses pembaikan, masalah kewangan lambat diterima dan masalah penyelenggaraan bahagian pentadbiran perniagaan juga akan dianalisa mengikut skala analisa yang ditetapkan. Skala analisa yang digunakan untuk mencapai objektif pertama adalah mengikut skala iaitu tidak setuju (1 markah), kurang setuju (2 markah), tidak pasti (3 markah), setuju (4 markah) dan amat setuju (5 markah). Jadual 1 menunjukkan taburan frekuensi untuk setiap keadaan iaitu ketika dan selepas fenomena banjir yang melanda di Kota Tinggi, Johor.
MASALAH YANG DIHADAPI KETIKA BANJIR
Masalah-masalah ini merupakan masalah yang paling ketara selepas fenomena banjir melanda. Manakala sebanyak 60% iaitu 20 responden berpendapat setuju bahawa menghadapi masalah mencari dan membina perniagaan baru dan masalah proses pembaikan untuk memulihkan keadaan banjir adalah mengambil tempoh yang agak lama adalah sebagai masalah sederhana yang terpaksa ditanggung oleh mereka selepas fenomen banjir. Peratusan selebihnya iaitu 40% bersamaan 10 responden yang bersetuju terhadap masalah ini. Selain itu bagi masalah penyelenggaraan semula bahagian pentadbiran menyumbang kepada 40% iaitu berpendapat setuju dan 60% adalah berpendapat kurang pasti. Kesimpulannya impak yang paling ketara terpaksa ditanggung oleh pemilik perniagaan adalah masalah kerugian yang teruk, masalah memerlukan modal yang besar untuk membuka perniagaan semula dan masalah bantuan kewangan lambat diterima adalah yang paling tinggi dicatatkan. Masalah-masalah ini telah memberi impak yang negatif kepada premis perniagaan dalam membangunkan semula perniagaan mereka.
MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI SELEPAS BANJIR
Melalui hasil penyelidikan ini terdapat beberapa masalah utama iaitu, masalah kerugian yang teruk dan ,masalah memerlukan modal yang besar untuk membuka perniagaan dan masalah bantuan kewangan lambat diterima telah menyumbang sebanyak 100% atau kesemua responden iaitu sebanyak 30 pemilik perniagaan berpendapat amat setuju terhadap masalah tersebut. Masalah-masalah ini merupakan masalah yang paling ketara selepas fenomena banjir melanda. Manakala sebanyak 60% iaitu 20 responden berpendapat setuju bahawa menghadapi masalah mencari dan membina perniagaan baru dan masalah proses pembaikan untuk memulihkan keadaan banjir adalah mengambil tempoh yang agak lama adalah sebagai masalah sederhana yang terpaksa ditanggung oleh mereka selepas fenomen banjir. Peratusan selebihnya iaitu 40% bersamaan 10 responden yang bersetuju terhadap masalah ini. Selain itu bagi masalah penyelenggaraan semula bahagian pentadbiran menyumbang kepada 40% iaitu berpendapat setuju dan 60% adalah berpendapat kurang pasti. Kesimpulannya impak yang paling ketara terpaksa ditanggung oleh pemilik perniagaan adalah masalah kerugian yang teruk, masalah memerlukan modal yang besar untuk membuka perniagaan semula dan masalah bantuan kewangan lambat diterima adalah yang paling tinggi dicatatkan. Masalah-masalah ini telah memberi impak yang negatif kepada premis perniagaan dalam membangunkan semula perniagaan mereka.
PANDANGAN DAN PERSEDIAAN RESPONDEN DALAM MENGHADAPI BULAN DISEMBER DAN JANUARI NANTI.
Kaedah yang diguna pakai untuk pencapaian objektif ini adalah kaedah soal selidik. Hasil kajian penyelidikan yang dibuat melalui 30 set borang kaji selidik yang dibuat, kami mendapati hanya 20 responden yang menjawab soalan ini. Terdapat beberapa persediaan yang hampir sama diberikan oleh pihak responden iaitu premis perniagaan dalam persediaan menghadapi bulan Disember dan Januari nanti: Persediaan-persediaannya adalah seperti berikut:
1. Premis perniagaan barangan makanan dan pakaian, pihak pengurus membuat perancangan dan persediaan adalah dengan mengurangkan stok barangan tersebut bagi memudahkan proses mengangkat barang-barang.
2. Syarikat barangan elektrik dan perabot juga membuat persediaan dengan perancangan pengurangan stok kemasukan bekalan barang-barang bagi memastikan syarikat mereka tidak mengalami kerugian seperti tahun lalu.
3. Premis perniagaan seperti klinik-klinik dan kedai yang beroperasi 24jam juga membuat perancangan dan persediaan sekiranya berlaku kejadian banjir seperti tahun lalu , pihak mereka akan mengemaskini data-data dan cuba untuk berpindah ke premis yang lebih selamat.
4. Pengusaha-pengusaha kedai tekstil akan membuat persediaan dengan mengangkat kain-kain yang ada pada bahagian bawah akan dipindahkan pada tingkat atas untuk berjaga-jaga sekiranya kejadian banjir berlaku seperti tahun lalu.
5. Persediaan-persediaan lain yang turut dinyatakan oleh pihak responden jika berlaku kejadian banjir adalah seperti ingin menutup kedai dan ingin mencari tapak kedai baru, menyediakan pengankutan yang sesuai untuk menyelamatkan barangan perniagaan mereka serta akan peka terhadap keadaan cuaca pada bulan tersebut.
OBJEKTIF KEDUA: MENCADANGKAN LANGKAH-LANGKAH BAGI
MENGURANGKAN BEBAN KERUGIAN YANG
DITANGGUNG DIKALANGAN PENIAGA BERSKALA
SEDERHANA.
Cadangan-cadangan yang telah diutarakan oleh pemilik peniaga berskala sederhana telah dibahagikan kepada beberapa perkara iaitu bantuan,berkenaan sungai dan longkang, pengangkutan, amaran awal, dana kewanagan, sumber air bersih, sisa banjir dan perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.
Bantuan
i-Tidak memilih kasih dalam memberikan bantuan terhadap mangsa
ii-Saluran bantuan kerajaan dengan lebih efisien dan sistematik
iii-Tindakan awal oleh pihak yang bertanggungjawab
Sungai / longkang
i-Pihak yang bertanggungjawab perlu pastikan aliran air sungai (SISTEM) berjalan dengan lancar.
ii- Dalamkan Sungai Johor
iii-Membesarkan lonkang di kawasan Bandar
Pengangkutan
i-Menyediakan pengankutan untuk memudahkan pemindahan barang-barang mangsa ke tempat yang lebih selamat.
Dana kewangan
i- Menyediakan dana modal untuk peniaga memulakan kembali perniagaan setelah banjir.
ii-Pihak kerajaan memberi bantuan untuk mengurangkan bantuan yang dihadapi.
Sumber air
i-Menyediakan sumber air yang bersih sebelum banjir untuk kegunaan ketika banjir.
Perhatian dari pihak tertentu
i-Pihak berkuasa perlu memberikan lebih perhatian terhadap mangsa banjir pada masa hadapan.
ii-Pihak kerajaan perlu pastikan infrastruktur perlu diselenggara terlebih awal sebelum kejadian banjir.
ANALISIS CADANGAN
Hasil daripada perbincangan kumpulan kami, kami telah menganalisis bentuk-bentuk cadangan yang telah diutarakan oleh pemilik perniagaan (mangsa banjir) semasa kami menjalankan soal selidik terhadap mereka.
Dari segi bentuk bantuan, dapat dianalisiskan bahawa pemilik perniagaan inginkan ketelusan dalam menyalurkan bantuan tanpa memilih kaum, tempat tinggal serta fahaman politik. Saluran bantuan yang diberikan juga perlulah sistematik dan efisien. Kumpulan kami berpendapat bahawa saluran bantuan yang diberikan perlulah terancang dan adil terhadap semua mangsa tanpa memilih kasih. Selain itu, pihak bertanggungjawab yang menyalurkan bantuan juga perlulah merancang dengan teliti proses semasa memberikan bantuan dengan mengenalpasti masalah yang menyebabkan kelewatan bantuan, mangsa yang tidak mendapat bantuan serta kelemahan-kelemahan lain. Contohnya kekurangan kakitangan dan pengankutan yang sesuai ketika banjir kerana perhubungan melalui jalanraya telah terputus.
Sistem saliran seperti sungai dan longkang juga telah menjadi subjek cadangan pemilik perniagaan (mangsa). Mereka mencadangkan supaya pihak yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan sistem saliran iaitu Jabatan Pengaliran Saliran(JPS) supaya menyelenggara sistem saliran tersebut sebelum tiba musim tengkujuh. Semasa kajian dijalankan pihak JPS sedang menjalankan kerja-kerja mendalamkan sungai. Kedalaman sungai secara tidak langsung akan menampung jumlah air yang banyak semasa musim tengkujuh dan telah membantu untuk mengurangkan risiko banjir.
Cadangan seterusmya yang diutarakan oleh pemilik perniagaan(mangsa) ialah pemberitahuan awal tentang kenaikan air yang boleh menyebabkan banjir. Pada pandangan kumpulan kami, pihak JPS iaitu yang menjaga pengairan dan saliran perlu lebih peka terhadap kenaikan air dan jika berlaku kenaikan air perlulah diberitahu kepada umum supaya persediaan awal sebelum banjir boleh dilakukan seperti menyelamatkan barang-barang, penyediaan makanan untuk mangsa banjir dan keperluan lain ketika banjir.
Bagi peniaga yang mengalami kerosakan barang-barang, stok perniagaan dan juga kelengkapan premis perniagaan, mereka mengharapkan dana modal daripada pihak kerajaan untuk kembali menjalankan perniagaan selepas banjir. Terdapat juga peniaga yang inginkan bantuan sekadar untuk mengurangkan beban kerugian mereka. Pada pandangan kumpulan kami, mereka tidak seharusnya memaksa kerajaan untuk memberikan mereka dana modal. Hal ini adalah kerana peruntukan kerajaan adalah amat terhad. Pemilik perniagaan seharusnya faham tentang cirri-ciri usahawan iaitu menanggung risiko pernigaan sepenuhnya.
Seterusnya, melalui cadangan yang diperolehi daripada pihak responden, pelbagai cadangan yang perlu dititik berat bagi mengatasi masalah banjir di Kota Tinggi. Oleh itu, semua pihak termasuk kerajaan dan masyarakat sekitar perlu bekerjasama dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment