Friday, October 26, 2007

PENGHARGAAN...

ASSALAMUALAKUM...

-Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah iaitu Prof Madya Dr.Hamzah Jusoh dan Pn. Masitah kerana banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar membuat blog dan juga dalam perkara yang berkaitan dengan kursus URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR.
-tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang tidak jemu membantu saya serta aktif membuat kunjungan ke blog saya...
-Terima kasih yang tidak terhingga untuk semua...

WASSALAM...

TEORI PEMBANDARAN

PROSES SEBAB DAN KESAN PEMBANDARAN TELAH MENGHASILKAN
BEBERAPA TEORI

MACGEE(1971)- merumuskan berdasarkan pengalaman pembandaran di barat, terdapat 3 teori yang dikemukakan iaitu:-

1. teori demografi yang melihat peralihan penduduk dari luar bandar ke bandar
2. teori kedua ialah teori yang menganggap bandar sebagai faktor pendorong ekonomi
kerana terdapat banyak peluang pekerjaan
3. teori ketiga ialah menganggap bandar sebagai pusat pencetus perubahan sosial.

KESAN REVOLUSI INDUSTRI

REVOLUSI-merupakan perubahan secara beransur-ansur
EVOLUSI- perubahan secara mendadak dan drastik

TAHUKAH ANDA!!! Terdapat beberapa perubahan yang paling ketara dalam masa berlakunya revolusi industri :-

1.REVOLUSI PERTANIAN
2.PENGELUARAN SECARA BESAR-BESARAN
3.PERNIAGAAN BERSAIZ BESAR
4.EKONOMI LAISSEZ-FAIRE
5.STRUKTUR KELAS SOSIAL
-kelas atas
-kelas pertengahan atas
-kelas pertengahan bawahan
-kelas pekerja (paling ramai)
6. URBANISASI
7.KEADAAN KERJA

Thursday, October 25, 2007

EXAM!!!


Assalamualaikum semua..hai..

Peperiksaan akhir semester dah nak mula..
kawan2 sume dah bersedia ke?
Pening jugak kepala ni memikirkannya..
Tapi tak pe hidup mesti diteruskan...btul tak..
Study pun tak cukup nak makan lagi...
Niat tu memang la nak naikkan lagi PNGK..
Tapi rasanya masih belum terlambat..:)
BERJUANGLAH HINGGA KE GARIS PENAMAT!!!
CAYOK2... Bye

Wassalam...

Wednesday, October 24, 2007

DARI SEGI TEORI-KERATAN AKHBAR KOSMO

*Dari segi teorinya kemasukan pendatang asing dari Asia Selatan ini adalah di sebabkan faktor penolak dan faktor penarik.
* Faktor Penolak- negara asal mereka
* Faktor Penarik- negara di hijrah (negara Malaysia)

Faktor Penolak

-kehidupan yang miskin
-sumber yang sedikit
-peluang pekerjaan yang tidak luas
-tahap ekonomi yang rendah
-upah dan gaji yang sedikit
-kekurangan kemudahan

Faktor Penarik

-kehidupan lebih terjamin
-sumber yang banyak
-peluang pekerjaan yang banyak
-tahap ekonomi, politik,sosial yang lebih stabil
-jumlah pendapatan yang lebih lumayan
-banyak kemudahan

Faktor –faktor penolak dan penarik ini telah menyebabkan peningkatan pendatang asing tanpa izin secara berterusan dan mendadak.

ULASAN KERATAN AKHBAR KOSMO!

-Sindiket membawa masuk pandatang asing tanpa izin ke negara kita semakin meningkat dengan mendadak.

-Ekoran daripada penigkatan sindiket ini, kerajaan sedang menggubal rang undang-undang
“ Antipemerdagangan orang 2007” sebagai jalan penyelesaian masalah.

-Undang-undang yang digubal lebih spesifik dan menyeluruh merangkumi aspek pendakwaan, pencegahan, jagaaan dan perlindungan bagi mengatasi masalah perdagangan manusia.

-Akta ini digubal kerana untuk mengurangkan kemasukan pendatang asing dengan sewenang-wenangnya.

-Akta ini masih lagi dibincangkan dalam Parlimen.

-Jumlah pendatang asing yang mengalami peningkatan mendadak ialah dari Asia Selatan iaitu
India, Bangladesh dan Sri Langka.

-Sindiket ini dipercayai didalangi oleh warga India yang telah lama menetap di negara ini.

-pendatang asing tanpa izin ini masuk ke negara kita denagn menggunakan (VAO)-pas lawatan sosial.

BAGAI CACING KEPANASAN!!!

KUALA LUMPUR-Sindiket yang sebelum ini dikatakan ‘berlumba-lumba’ membawa masuk pendatang asing tanpa izin ke negara ini ekoran ‘habuan lumayan’ akan seperti ‘cacing kepanasan’ selepas ini.

Ini berikutan, kerajaan sedang menggubal Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang 2007 sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah kemasukan pendatang tanpa izin.

Ini merupakan undang-undang yang spesifik dan menyeluruh merangkumi aspek pendakwaan, pencegahan, jagaan dan perlindungan bagi menangani jenayah perdagangan manusia.

Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, akta itu penting kerana ia bakal menyelesaikan kemasukan pendatang dan bekerja secara haram di negara ini.

“ sudah lama kita mengharapkan satu akta yang dapat memberikan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang bertindak membawa masuk pendatang asing dengan sewenang-wenangnya ,” kata beliau dihubungi KOSMO! Semalam.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai akta tersebut secara terperinci kerana masih lagi dibincangkan di peringkat Parlimen sebelum diluluskan.

Semalam KOSMO!melaporkan peningkatan secara mendadak pendatang asingdari Asia ke selatan iaitu India, Bangladesh dan Sri Langka disebabkan oleh kegiatan sindiket.

Malah beberapa sindiket dikatakan bersaing sesama sendiri krana urusan membawa masuk pendatang asing tersebut mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada mereka.

Bagaimanapun, kebanyakan pendatang yang diuruskan mereka terdiridaripada mereka yang masuk dengan menggunakan Visa Semasa Ketibaan(VOA) iaitu pas lawatan sosial yang digunakan untuk melancong tetapi sebenarnya ingin pekerjaan di negara ini.

Perkara tersebut yang didedahkan oleh Pengarah Penguat Kuasa imigresen, Datuk Ishak Mohamad turut memberitahu, sindiket tersebut didalangi oleh warga India yang sudah lama menetap di negara ini.

Lebih mengejutkan, sepanjang tahun lalu, jabatan tersebut mendapati seramai 25,809 warga asing dari negara tersebut tidak pulang ke negara asal dan tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan oleh VOA.

-KOSMO!(6 OKTOBER 2007)

Sunday, October 21, 2007

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..

CERITA SEBUAH KOTA

Dikala memijak birai-birai jalan
sambil melebar sayap pandang,
ada ngaung mobil mengejut
sepasang merpati kota .

Ketika mneyusuri rimba batu
terdenganr laungan nyaring
dan beberapa das tembakan ,
kematian ngeri kerana tembakan

Sedang mentari melabuh sinar
pada gunung-gunung batu,
warung simpang ada cerita
pencabulan, penipuan, rasuah,
penderaan, pembuangan bayi
dan peragutan di celah-celah kesesakan.

Dalam suram neon-neon di lorong
susunan-susunan batu lama
masih lagi ada peratau
membina serpihan dari sisa kota...

(UTUSAN MINGGUAN -7 OKTOBER 2007)


ULASAN PUISI

-Pada pandangan saya puisi ini mengisahkan tentang kehidupan di kota.

-menurut pengarang kehidupan di kota amat sinonim dengan kesibukan tidak kira di jalan raya, tempat kerja serta warung-warung.

-walaupun kota merupakan kawasan yang sememangnya maju dan menpunyai pelbagai kemudahan namun masalah sosial masih lagi membelenggu sekitar kota. Antara masalah sosial yang dinyatakan dalam puisi ini ialah pencabulan, penipuan, rasuah, penderaan, pembuangan bayi dan ragut.

-kewujudan masalah sosial ini tidak menjadi halangan kepada penduduk untuk mencari rezeki.

Saturday, October 20, 2007

LEBUHRAYA OH! LEBUHRAYA

Assalamualaikum..w.b.t..

-Selamat Hari Raya untuk semua...

-Saya pasti kalian masih lagi seronok berhari raya, tetapi jangan lupa bagi ‘student’ yang akan menduduki peperiksaan akhir semester ini... study beb, jangan tak study.

-Apa yang ingin saya kongsikan kepada anda semua ialah mengenai perjalanan saya

-Sewaktu pulang ke kampung. Jangka masa perjalanan untuk ke kampung saya di Terengganu semakin singkat dengan wujudnya Lebuhraya Pantai Timur.

-Pembinaan lebuhraya ini telah memudahkan perjalanan kerana bukan sahaja
mengambil masa yang singka, malah perjalanan juga amat selesa. Hal ini adalah disebabkan proses urbanisasi dan pembangunan bandar yang wujud yang berpunca dari proses migrasi penduduk desa ke bandar. Penduduk yang berhijrah ke bandar yang pulang ke kampung dapat menikmati kemudahan labuhraya ini. Lebuhraya ini akan memudahkan

-Proses ulang-alik penduduk dari sesuati destinasi ke destinasi yang dituju...

-Sampai disini sahaja kali ini, saya akan utarakan isu lain pula...


Wassalam...

Wednesday, October 10, 2007

PENEMUAN KAJIAN PENYELIDIKAN


PENCAPAIAN OBJEKTIF

OBJEKTIF PERTAMA: MENGENALPASTI DAN MENGANALISA IMPAK YANG
DIHADAPI ATAU DITERIMA OLEH PEMILIK SYARIKAT/
PREMIS PERNIAGAAN (BERSKA SEDERHANA)

SELEPAS BANJIR


Melalui soal selidik yang dijalankan, sebanyak 30 borang kaji selidik telah diedarkan kepada pemilik syarikat atau premis perniagaan berskala sederhana iaitu merupakan responden utama dalam kajian penyelidikan ini. Kajian penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisa impak yang dihadapi oleh pemilik perniagaan ketika dihadapi dan selepas kejadian banjir yang melanda di Kota Tinggi, Johor. Oleh yang demikian untuk mencapai objektif pertama kami telah mengklasifikasikan kepada dua keadaan iaitu ketika banjir dan selepas banjir yang melanda. Penilaian kepada objektif pertama ini di buat berdasarkan kepada dua keadaan dan menggunakan skala analisa yang telah ditetapkan. Penilaian ini dibuat berdasarkan kepada masalah yang timbul semasa kajian rintis yang dijalankan pada 2 September 2007 yang lalu. Antara masalah yang di kenalapasti ketika banjir melanda adalah seperti masalah kemusnahan barang-barang dan perkhidmatan, perniagaan lumpuh atau tergendala, masalah pembekalan barang-barang dan perkhidmatan sukar di perolehi, masalah kelewatan dalam menyalurkan bantuan dan masalah terputus perhubungan ketika banjir. Manakala bagi keadaan selepas banjir melanda terdapat beberapa masalah seperti masalah mencari dan membina perniagaan baru, mengalami kerugian yang teruk, masalah memerlukan modal yang besar untuk membuka perniagaan semula, masalah proses pembaikan, masalah kewangan lambat diterima dan masalah penyelenggaraan bahagian pentadbiran perniagaan juga akan dianalisa mengikut skala analisa yang ditetapkan. Skala analisa yang digunakan untuk mencapai objektif pertama adalah mengikut skala iaitu tidak setuju (1 markah), kurang setuju (2 markah), tidak pasti (3 markah), setuju (4 markah) dan amat setuju (5 markah). Jadual 1 menunjukkan taburan frekuensi untuk setiap keadaan iaitu ketika dan selepas fenomena banjir yang melanda di Kota Tinggi, Johor.



MASALAH YANG DIHADAPI KETIKA BANJIR

Masalah-masalah ini merupakan masalah yang paling ketara selepas fenomena banjir melanda. Manakala sebanyak 60% iaitu 20 responden berpendapat setuju bahawa menghadapi masalah mencari dan membina perniagaan baru dan masalah proses pembaikan untuk memulihkan keadaan banjir adalah mengambil tempoh yang agak lama adalah sebagai masalah sederhana yang terpaksa ditanggung oleh mereka selepas fenomen banjir. Peratusan selebihnya iaitu 40% bersamaan 10 responden yang bersetuju terhadap masalah ini. Selain itu bagi masalah penyelenggaraan semula bahagian pentadbiran menyumbang kepada 40% iaitu berpendapat setuju dan 60% adalah berpendapat kurang pasti. Kesimpulannya impak yang paling ketara terpaksa ditanggung oleh pemilik perniagaan adalah masalah kerugian yang teruk, masalah memerlukan modal yang besar untuk membuka perniagaan semula dan masalah bantuan kewangan lambat diterima adalah yang paling tinggi dicatatkan. Masalah-masalah ini telah memberi impak yang negatif kepada premis perniagaan dalam membangunkan semula perniagaan mereka.


MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI SELEPAS BANJIR

Melalui hasil penyelidikan ini terdapat beberapa masalah utama iaitu, masalah kerugian yang teruk dan ,masalah memerlukan modal yang besar untuk membuka perniagaan dan masalah bantuan kewangan lambat diterima telah menyumbang sebanyak 100% atau kesemua responden iaitu sebanyak 30 pemilik perniagaan berpendapat amat setuju terhadap masalah tersebut. Masalah-masalah ini merupakan masalah yang paling ketara selepas fenomena banjir melanda. Manakala sebanyak 60% iaitu 20 responden berpendapat setuju bahawa menghadapi masalah mencari dan membina perniagaan baru dan masalah proses pembaikan untuk memulihkan keadaan banjir adalah mengambil tempoh yang agak lama adalah sebagai masalah sederhana yang terpaksa ditanggung oleh mereka selepas fenomen banjir. Peratusan selebihnya iaitu 40% bersamaan 10 responden yang bersetuju terhadap masalah ini. Selain itu bagi masalah penyelenggaraan semula bahagian pentadbiran menyumbang kepada 40% iaitu berpendapat setuju dan 60% adalah berpendapat kurang pasti. Kesimpulannya impak yang paling ketara terpaksa ditanggung oleh pemilik perniagaan adalah masalah kerugian yang teruk, masalah memerlukan modal yang besar untuk membuka perniagaan semula dan masalah bantuan kewangan lambat diterima adalah yang paling tinggi dicatatkan. Masalah-masalah ini telah memberi impak yang negatif kepada premis perniagaan dalam membangunkan semula perniagaan mereka.


PANDANGAN DAN PERSEDIAAN RESPONDEN DALAM MENGHADAPI BULAN DISEMBER DAN JANUARI NANTI.

Kaedah yang diguna pakai untuk pencapaian objektif ini adalah kaedah soal selidik. Hasil kajian penyelidikan yang dibuat melalui 30 set borang kaji selidik yang dibuat, kami mendapati hanya 20 responden yang menjawab soalan ini. Terdapat beberapa persediaan yang hampir sama diberikan oleh pihak responden iaitu premis perniagaan dalam persediaan menghadapi bulan Disember dan Januari nanti: Persediaan-persediaannya adalah seperti berikut:

1. Premis perniagaan barangan makanan dan pakaian, pihak pengurus membuat perancangan dan persediaan adalah dengan mengurangkan stok barangan tersebut bagi memudahkan proses mengangkat barang-barang.

2. Syarikat barangan elektrik dan perabot juga membuat persediaan dengan perancangan pengurangan stok kemasukan bekalan barang-barang bagi memastikan syarikat mereka tidak mengalami kerugian seperti tahun lalu.

3. Premis perniagaan seperti klinik-klinik dan kedai yang beroperasi 24jam juga membuat perancangan dan persediaan sekiranya berlaku kejadian banjir seperti tahun lalu , pihak mereka akan mengemaskini data-data dan cuba untuk berpindah ke premis yang lebih selamat.

4. Pengusaha-pengusaha kedai tekstil akan membuat persediaan dengan mengangkat kain-kain yang ada pada bahagian bawah akan dipindahkan pada tingkat atas untuk berjaga-jaga sekiranya kejadian banjir berlaku seperti tahun lalu.

5. Persediaan-persediaan lain yang turut dinyatakan oleh pihak responden jika berlaku kejadian banjir adalah seperti ingin menutup kedai dan ingin mencari tapak kedai baru, menyediakan pengankutan yang sesuai untuk menyelamatkan barangan perniagaan mereka serta akan peka terhadap keadaan cuaca pada bulan tersebut.



OBJEKTIF KEDUA: MENCADANGKAN LANGKAH-LANGKAH BAGI
MENGURANGKAN BEBAN KERUGIAN YANG
DITANGGUNG DIKALANGAN PENIAGA BERSKALA
SEDERHANA.


Cadangan-cadangan yang telah diutarakan oleh pemilik peniaga berskala sederhana telah dibahagikan kepada beberapa perkara iaitu bantuan,berkenaan sungai dan longkang, pengangkutan, amaran awal, dana kewanagan, sumber air bersih, sisa banjir dan perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.

Bantuan
i-Tidak memilih kasih dalam memberikan bantuan terhadap mangsa
ii-Saluran bantuan kerajaan dengan lebih efisien dan sistematik
iii-Tindakan awal oleh pihak yang bertanggungjawab

Sungai / longkang
i-Pihak yang bertanggungjawab perlu pastikan aliran air sungai (SISTEM) berjalan dengan lancar.
ii- Dalamkan Sungai Johor
iii-Membesarkan lonkang di kawasan Bandar

Pengangkutan

i-Menyediakan pengankutan untuk memudahkan pemindahan barang-barang mangsa ke tempat yang lebih selamat.

Dana kewangan

i- Menyediakan dana modal untuk peniaga memulakan kembali perniagaan setelah banjir.
ii-Pihak kerajaan memberi bantuan untuk mengurangkan bantuan yang dihadapi.

Sumber air

i-Menyediakan sumber air yang bersih sebelum banjir untuk kegunaan ketika banjir.

Perhatian dari pihak tertentu

i-Pihak berkuasa perlu memberikan lebih perhatian terhadap mangsa banjir pada masa hadapan.
ii-Pihak kerajaan perlu pastikan infrastruktur perlu diselenggara terlebih awal sebelum kejadian banjir.


ANALISIS CADANGAN


Hasil daripada perbincangan kumpulan kami, kami telah menganalisis bentuk-bentuk cadangan yang telah diutarakan oleh pemilik perniagaan (mangsa banjir) semasa kami menjalankan soal selidik terhadap mereka.

Dari segi bentuk bantuan, dapat dianalisiskan bahawa pemilik perniagaan inginkan ketelusan dalam menyalurkan bantuan tanpa memilih kaum, tempat tinggal serta fahaman politik. Saluran bantuan yang diberikan juga perlulah sistematik dan efisien. Kumpulan kami berpendapat bahawa saluran bantuan yang diberikan perlulah terancang dan adil terhadap semua mangsa tanpa memilih kasih. Selain itu, pihak bertanggungjawab yang menyalurkan bantuan juga perlulah merancang dengan teliti proses semasa memberikan bantuan dengan mengenalpasti masalah yang menyebabkan kelewatan bantuan, mangsa yang tidak mendapat bantuan serta kelemahan-kelemahan lain. Contohnya kekurangan kakitangan dan pengankutan yang sesuai ketika banjir kerana perhubungan melalui jalanraya telah terputus.

Sistem saliran seperti sungai dan longkang juga telah menjadi subjek cadangan pemilik perniagaan (mangsa). Mereka mencadangkan supaya pihak yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan sistem saliran iaitu Jabatan Pengaliran Saliran(JPS) supaya menyelenggara sistem saliran tersebut sebelum tiba musim tengkujuh. Semasa kajian dijalankan pihak JPS sedang menjalankan kerja-kerja mendalamkan sungai. Kedalaman sungai secara tidak langsung akan menampung jumlah air yang banyak semasa musim tengkujuh dan telah membantu untuk mengurangkan risiko banjir.

Cadangan seterusmya yang diutarakan oleh pemilik perniagaan(mangsa) ialah pemberitahuan awal tentang kenaikan air yang boleh menyebabkan banjir. Pada pandangan kumpulan kami, pihak JPS iaitu yang menjaga pengairan dan saliran perlu lebih peka terhadap kenaikan air dan jika berlaku kenaikan air perlulah diberitahu kepada umum supaya persediaan awal sebelum banjir boleh dilakukan seperti menyelamatkan barang-barang, penyediaan makanan untuk mangsa banjir dan keperluan lain ketika banjir.

Bagi peniaga yang mengalami kerosakan barang-barang, stok perniagaan dan juga kelengkapan premis perniagaan, mereka mengharapkan dana modal daripada pihak kerajaan untuk kembali menjalankan perniagaan selepas banjir. Terdapat juga peniaga yang inginkan bantuan sekadar untuk mengurangkan beban kerugian mereka. Pada pandangan kumpulan kami, mereka tidak seharusnya memaksa kerajaan untuk memberikan mereka dana modal. Hal ini adalah kerana peruntukan kerajaan adalah amat terhad. Pemilik perniagaan seharusnya faham tentang cirri-ciri usahawan iaitu menanggung risiko pernigaan sepenuhnya.

Seterusnya, melalui cadangan yang diperolehi daripada pihak responden, pelbagai cadangan yang perlu dititik berat bagi mengatasi masalah banjir di Kota Tinggi. Oleh itu, semua pihak termasuk kerajaan dan masyarakat sekitar perlu bekerjasama dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah

Tentatif Program

ASSALAMUALAIKUM........

HAI, NI MERUPAKAN TENTATIF PROGRAM KERJA LAPANGAN DI KOTA TINGGI.


SABTU bersamaan 01 OGOS 2007

08.00a.m :- Berkumpul di foyer Fssk
08.30a.m :-Bertolak ke Kota Tinggi
0.200a.m :- Sampai di Kota Tinggi / Check in Hotel
03.00a.m :- Menjalankan kerja lapangan
06.00a.m :- Tamat sesi pertama kerja lapangan
07.00a.m :- Rehat dan solat
08.00a.m :- Aktiviti bebas / perbincangan kumpulan
11.00 p.m:- Pulang ke kamar masing-masing

AHAD bersamaan 02 OGOS 2007

09.00a.m:- Menjalankan kerja lapangan
02.00pm :- Tamat sesi kedua kerja lapangan
0.300pm :- Berkelah di air terjun KotaTinggi / Desaru (KIV)***
07.00pm :- Berangkat pulang
08.00pm :- Aktiviti bebas / perbincangan kumpulan
11.00pm :- Pulang ke kamar masing-masing


ISNIN bersamaan 03 OGOS 2007

09.00a.m:- Menjalankan kerja lapangan ( di Bandar Kota Tinggi)
12.00pm:- Check out Hotel
01.00pm:- Menjalankan kerja lapangan
04.00pm:- Pulang ke UKM

JADUAL PADA HARI ISNIN MUNGKIN AKAN BERUBAH PADA BILA-BILA MASA