KUALA LUMPUR-Sindiket yang sebelum ini dikatakan ‘berlumba-lumba’ membawa masuk pendatang asing tanpa izin ke negara ini ekoran ‘habuan lumayan’ akan seperti ‘cacing kepanasan’ selepas ini.
Ini berikutan, kerajaan sedang menggubal Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang 2007 sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah kemasukan pendatang tanpa izin.
Ini merupakan undang-undang yang spesifik dan menyeluruh merangkumi aspek pendakwaan, pencegahan, jagaan dan perlindungan bagi menangani jenayah perdagangan manusia.
Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, akta itu penting kerana ia bakal menyelesaikan kemasukan pendatang dan bekerja secara haram di negara ini.
“ sudah lama kita mengharapkan satu akta yang dapat memberikan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang bertindak membawa masuk pendatang asing dengan sewenang-wenangnya ,” kata beliau dihubungi KOSMO! Semalam.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai akta tersebut secara terperinci kerana masih lagi dibincangkan di peringkat Parlimen sebelum diluluskan.
Semalam KOSMO!melaporkan peningkatan secara mendadak pendatang asingdari Asia ke selatan iaitu India, Bangladesh dan Sri Langka disebabkan oleh kegiatan sindiket.
Malah beberapa sindiket dikatakan bersaing sesama sendiri krana urusan membawa masuk pendatang asing tersebut mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada mereka.
Bagaimanapun, kebanyakan pendatang yang diuruskan mereka terdiridaripada mereka yang masuk dengan menggunakan Visa Semasa Ketibaan(VOA) iaitu pas lawatan sosial yang digunakan untuk melancong tetapi sebenarnya ingin pekerjaan di negara ini.
Perkara tersebut yang didedahkan oleh Pengarah Penguat Kuasa imigresen, Datuk Ishak Mohamad turut memberitahu, sindiket tersebut didalangi oleh warga India yang sudah lama menetap di negara ini.
Lebih mengejutkan, sepanjang tahun lalu, jabatan tersebut mendapati seramai 25,809 warga asing dari negara tersebut tidak pulang ke negara asal dan tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan oleh VOA.
-KOSMO!(6 OKTOBER 2007)
Wednesday, October 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment