Friday, August 17, 2007

Selepas pembetulan.......

TAJUK PENYELIDIKAN


Kajian : Hartanah
Aspek : Impak masa depan premis perniagaan
Lokasi : Bandar Kota Tinggi, Johor

Pengenalan

Kajian penyelidikan yang akan kami jalankan berkaitan hartanah yang boleh dikaitkan dengan pembangunan sesuatu Bandar. Fokus kajian kami ialah pengusaha premis perniagaan berskala sederhana.

Objektif

Selepas kajian rintis yang dijalankan, objektif-objektif yang perlu dicapai dalam penyelidikan/kajian ini adalah:

I. Mengenalpasti dan menganalisa impak yang dihadapi/diterima oleh pemilik syarikat/ premis perniagaan mahupun pekerja selepas fenomena banjir.
II. Mencadangkan langkah-langkah kepada pihak yang terlibat (kerajaan)@ masyarakat dalam mengatasi masalah banjir.


Skop Kajian

Lokasi kajian kami adalah di kawasan Bandar Kota Tinggi. Sasaran kami ialah untuk menjalankan penyelidikan terhadap syarikat dan premis perniagaan. Sebanyak 20 sampel soalan soal selidik telah dirangka. 20 responden ini mewakili pemilik premis perniagaan. Kajian ini juga untuk mengenalpasti terhadap premis yang telah beroperasi selepas fenomena banjir yang malanda di kawasan ini.

Responden

Responden yang kami perlukan dalam menjalankan penyelidikan kami adalah terdiri daripada pemilik syarikat/premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di kawasan Bandar Kota Tinggi.

No comments: