Friday, August 17, 2007

Pembandaran

Salam Jumaat untuk semua rakan-rakan dan juga kepada pengunjung blog saya. Kali ini saya telah mencari maksud pembangunan supaya kalian lebih memahami tentang kursus ini iaitu URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR(SKAD 2063)


DEFINISI PEMBANGUNAN

-Menurut Todaro (2000) dlm Rozalli Hashim (2005)- pembangunan diertikan sebagai proses berbagai-bagai dimensi yang melibatkan perubahan terhadap;

· Struktur masyarakat
· Sikap
· Institusi yang juga melibatkan;

i- pertumbuhan ekonomi
ii- pengurangan kadar ketidakadilan
iii- penghapusan kemiskinan


-Pendekatan ini memerlukan perubahan berlaku pada seluruh system social agar bersesuaian dengan system asasi dan keinginan individu dan kumpulan yang pelbagai dalam masyarakat.

-Pembangunan harus mengizinkan mereka bergerak dan meniggalakan keadaan dan suasana kehidupan yang tidak selesa kepada corak dan suasana kehidupan yang dianggap lebih baik dari segi material dan rohaniah.

-Namun, yang jelas walau apa pun pendekatan yang digunakan untuk menerangkan maksud pembangunan, ia tidak dapat lari daripada memenuhi dua unsur : PERUBAHAN dan KEMAJUAN.

Saya akan cuba mencari maksud urbanisasi, Bandar dan lain-lain lagi….jadi diharap rakan-rakan dan pengunjung blog saya akan berkunjung lagi ke blog saya… Assalamualaikum…

No comments: